PERATURAN MAKMAL KV SEPANG

Setiap makmal komputer mempunyai peraturan ICT tersendiri.
Secara Amnya,berikut adalah Peraturan Makmal Komputer KV Sepang:

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

1. PENGGUNA TIDAK BOLEH MASUK KE DALAM MAKMAL KOMPUTER TANPA IZIN ATAU SEMASA KETIADAAN PENSYARAH ATAU JURUTEKNIK KOMPUTER.

2. KEMASKAN MAKMAL KOMPUTER SEBELUM KELUAR. SUSUN ATUR SEMULA KERUSI SUPAYA KEMAS.

3. LAPORKAN SEBARANG KEROSAKAN DENGAN SEGERA KEPADA PENSYARAH ATAU JURUTEKNIK KOMPUTER YANG BERTUGAS.

4. PENGGUNA DILARANG MEMBAWA MASUK BEG, MAKANAN DAN MINUMAN KE DALAM MAKMAL KOMPUTER.

5. PENGGUNA DIKEHENDAKI SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN MAKMAL KOMPUTER.

6. SEMUA PENGGUNA DIKEHENDAKI MENGIKUTI JADUAL WAKTU PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER.

7. SEMUA PENGGUNA DIKEHENDAKI MENCATAT PADA BUKU REKOD PENGGUNAAN KOMPUTER.

8. SEMUA PENSYARAH ATAU JURUTEKNIK KOMPUTER DIKEHENDAKI MEMBUAT CATATAN DI DALAM BUKU REKOD PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER SETIAP KALI MENGGUNAKAN MAKMAL KOMPUTER.

9. PENGGUNA DILARANG MELAYARI INTERNET PADA ALAMAT-ALAMAT YANG TIDAK SENONOH (LUCAH).

10. PENGGUNA DILARANG MEMBUAT BISING, BERLARI-LARI, BERGURAU SENDA, BERTENGKAR DAN BERGADUH DALAM MAKMAL KOMPUTER.

11. PENGGUNA KOMPUTER DILARANG MENGUSIK SEBARANG SAMBUNGAN WAYAR PADA KOMPUTER.

12. PENGGUNA DILARANG MEMBAWA MASUK SEBARANG CAKERA PERISIAN LUAR KE DALAM MAKMAL KECUALI DENGAN IZIN PENSYARAH ATAU JURUTEKNIK KOMPUTER YANG BERTUGAS.

13. PENGGUNA DILARANG MEMBAWA KELUAR SEBARANG PERKAKASAN ATAU PERISIAN DARI MAKMAL KECUALI DENGAN IZIN PENSYARAH ATAU JURUTEKNIK KOMPUTER YANG BERTUGAS.

14. JIKA TERDAPAT SEBARANG BUNYI YANG GANJIL ATAU TERBAU SESUATU YANG TERBAKAR ATAU SEBARANG KEADAAN YANG DISYAKI TIDAK NORMAL, SILA LAPORKAN DENGAN SEGERA KEPADA GURU YANG BERTUGAS.