Monthly Archives: March 2017

  • 0

Road To MySkills

Category : Uncategorized

KOLEJ VOKASIONAL SEPANG (WEB DESIGN)

Pertandingan WorldSkills Malaysia kategori Belia (WSMB) atau dahulunya dikenali sebagai Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Ia akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia.
Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara.

Kolej Vokasional Sepang telah menghantar dua orang dari Unit ICT untuk bertanding dalam Web Design yang bertempat di Melaka pada 26 April 2017 .

 

NAMA YANG BAKAL BERJUANG DALAM MYSKILLS BELIA :

  1. Aidil Asraf B Hamid

  2. Muhammad Hilman B Muhaiyuddin

Testing jQuery di saat akhir

Mendengar taklimat dari Hakim

SEMOGA PERJUANGAN MEREKA BERJAYA HINGGA KE AKHIRNYA. AMIN